Wednesday, September 9, 2009

seni ukiran kayu


Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang hebat dan tertinggi dalam salah silah kesenian Melayu. Seni ukiran kayu ini diwarisi dari tukang ukir terdahulu. Seni ini memerlukan ketekunan yang tinggi bagi menghasilkan sebuah ukiran yang bermutu.
Jenis - jenis ukiran Melayu:
i) tebuk terus
ii) tebuk separuh
iii) tebuk timbul
Bentuk ukiran pula biasanya ada 3 jenis utama:
i) bujang
ii) lengkap
iii) pemidang.
pengukir cuma memerlukan alat - alat biasa ketukangan seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat. Ada juga yang mereka alat sendiri. Semuanya mengikut citarasa dan kesesuaian si pengukir.

Seni ukiran kayu merupakan satu tradisi kraftangan yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sejak zaman berzaman seni kraf ini semakin berkembang dan beradaptasi dengan masa.
Namun menjadi persoalan kini, berapa ramai warisan kita yang menghargai seni tradisi ini? Berapa ramai anak muda yang sanggup mengotorkan tangan dan memerah keringat untuk menghasilkan sebuah ukiran?
Benar tidak semua mahu mengotorkan tangan dalam menghasilkan sebuah ukiran, namun masih ada lagi waris Melayu yang mahu dan menghargai seni tradisi ini.
Untuk itu aku dedikasikan blog ini untuk mereka yang memahami dan mencintai SENI WARISAN MELAYU.